Pembangunan B&R kini menjadi pemacu baharu pembangunan ekonomi Indonesia. Demikian dinyatakan Menteri Ekonomi dan Percanaan Pembangunan Nasional Indonesia, Bambang Brodjonegoro ketika menyertai Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) di Beijing baru-baru ini.
Bambang Brodjonegoro berkata, negara nusantara itu kurang seimbang dari segi pembangunan ekonomi. Kira-kira 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia adalah hasil daripada pulau Jawa. Pihaknya perlu mencari pemacu baharu kerana usaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi di luar kawasan pulau Jawa amat penting.
Menurut beliau, dalam proses menyatukan strategi "paksi maritim dunia" Indonesia dengan inisiatif B&R China, hubungan ekonomi kedua-dua negara perlu ditingkatkan dan kerjasama kapasiti pengeluaran mesti disegerakan. Pembinaan infrastruktur di Indonesia juga semakin ditingkatkan dengan kemasukan dana pelaburan dari China.
Tambah beliau lagi, kini Indonesia giat mempromosikan pulau Sulawesi, Sumatera dan Kalimantan sebagai destinasi pelaburan China serta menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan dan pulau-pulau di sekitarnya dalam rangka pembangunan B&R bagi menjadikan destinasi tersebut pemacu baharu bagi ekonomi Indonesia.