Cari:
Lee Hsien Loong Temui Zhao Leji
2017-05-17 11:38:40 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah bertemu dengan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhao Leji di Jabatan Presiden semalam.

Zhao Leji telah menyampaikan salam daripada Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang kepada Lee Hsien Loong.

Menurut beliau, China amat mementingkan hubungan dengan Singapura dan bersedia untuk bersama-sama dengan Singapura meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi mendorong kemajuan hubungan China-Singapura yang lebih besar.

Beliau berharap Singapura terus memainkan peranan aktif sebagai negara penyelaras antara China dengan ASEAN, menjaga keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Zhao Leji berkata, Parti Komunis China (PKC) sentiasa memberikan perhatian terhadap persahabatan dengan Parti Pergerakan Rakyat (PAP) Singapura, di samping berharap dapat meningkatkan pertukaran lawatan kedua-dua parti dan saling mempelajari pengalaman pentadbiran demi manfaat rakyat.

Lee Hsien Loong pula mengucapkan syabas kepada China kerana berjaya menganjurkan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF).

Beliau berkata, Singapura dan China adalah dua rakan kerjasama yang penting dan memiliki kepentingan bersama yang luas.

Singapura menyanjung tinggi inisiatif B&R yang dikemukakan Presiden Xi Jinping dan berharap dapat mengambil bahagian dalam pembinaan inisiatif tersebut.

Menurut beliau, selaku negara penyelaras antara ASEAN dengan China, Singapura akan terus aktif mendorong perkembangan hubungan kedua-dua pihak.

Beliau juga menegaskan, PAP akan meningkatkan pertukaran lawatan dengan PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China