Rundingan isu Laut China Selatan antara China dengan Filipina akan diadakan di bandar Guiyang, barat daya China pada 19 Mei ini.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.
Menurut beliau, ini merupakan kali pertama China dan Filipina mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu pertikaian kawasan perairan berkenaan selepas Rodrigo Duterte menjawat jawatan Presiden Filipina.
China berharap rundingan tersebut membantu menyelesaikan isu pertikaian itu.
Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dan Duta Besar Filipina ke China, Romana akan mengetuai delegasi masing-masing menghadiri rundingan tersebut.