Cari:
Sarjana Singapura Beri Tumpuan terhadap BRF
2017-05-18 14:21:09 CRI Cetak

Ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) serta hasil forum tersebut telah menarik tumpuan kalangan sarjana Singapura.

Professor Madya dari Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) Wang Jangyu berpendapat, BRF telah memperlihatkan keazaman dan kemampuan China untuk menggalakkan dan melaksanakan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

China meningkatkan peruntukan, bukan sahaja untuk projek-projek yang besar, malah untuk pelbagai projek kecil yang memberikan manfaat kepada kehidupan rakyat. Hal tersebut menunjukkan bahawa B&R bukan hanya satu slogan semata-mata, ia akan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.

Tambah beliau, B&R merupakan satu platform yang terbuka. Walaupun ia diterajui oleh China, namun China tidak akan memaksa pihak lain menerima pandangan China.

Penganalisis Institut Pengajian Antarabangsa Sekolah S. Rajaratnan (RSIS) Universiti Teknologi Nanyang, Ei Sun Oh pula berpendapat bahawa China kini sedang membimbing hala tuju era ini dengan sikap yang terbuka. Ini amat berharga pada saat wujudnya peningkatan perlindungan perdagangan pada ketika ini.

Menurut beliau, cara untuk terus menggalakkan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sehingga membina kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik (FTAAP) merupakan sasaran bersama pelbagai pihak.

Presiden Institut Pembangunan dan Strategi Longus, Koh Chin Yee pula berkata, BRF bermakna China telah mula memimpin globalisasi, dan perkara tersebut amat diperlukan pada zaman ini.

Menurut pandangan beliau, dengan kekuatan politik dan ekonomi China, China boleh mengambil alih peranan pimpinan dari negara Barat dan membawa negara-negara membangun mewujudkan globalisasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China