Cari:
Perkhidmatan Basikal Sewa Hadapi Kesukaran di Thailand
2017-05-18 12:59:19 CRI Cetak

Perkhidmatan basikal sewa menghadapi banyak kesukaran di Bangkok, Thailand, kerana jalan yang sempit, laluan basikal digunakan untuk kegunaan lain dan infrastruktur yang ketinggalan.

Para pengguna berharap agar syarikat terbabit dapat berkoordinasi dengan kerajaan bagi membaiki keadaan dan keselamatan basikal di bandar itu.

Beberapa syarikat telah menawarkan perkhidmatan basikal sewa di Asia Tenggara, berikutan industri basikal sewa semakin berkembang pesat di China, antaranya termasuklah Syarikat oBike dari Singapura.

OBike menyediakan perkhidmatan tersebut di Bangkok baru-baru ini, setelah berjaya menembusi pasaran Singapura dan Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China