Cari:
China dan Negara-Negara ASEAN Capai Persepakatan tentang Rangka CoC
2017-05-19 14:19:55 CRI Cetak

Mesyuarat Pegawai Kanan ke-14 dan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama ke-21 Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) China-ASEAN telah diadakan di bandar Guiyang, provinsi Guizhou China pada 17 hingga 18 Mei lalu.

Pegawai kanan dari kementerian luar China dan sepuluh negara ASEAN telah menegaskan peri pentingnya pelaksanaan DoC secara berkesan dan menyeluruh, menyelesaikan isu Laut China Selatan melalui rundingan damai, mengawal perselisihan dalam rangka serantau, mempergiat kerjasama maritim, menggalakkan rundingan Kod Tatalaku Laut China Selatan (CoC) dan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

Mesyuarat kali ini juga membahaskan dan meluluskan rangka CoC.

Para peserta menegaskan usaha tersebut adalah hasil penting, selain menyediakan asas yang kukuh untuk rundingan selanjutnya.

Pelbagai pihak komited akan terus mendorong rundingan CoC.

Sidang tersebut juga telah meluluskan dokumen tentang penubuhan tiga jawatankuasa, dan memperbaharui pelan kerja 2016-2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China