Cari:
Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN ke-23 Diadakan
2017-05-20 14:42:07 CRI Cetak

Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN ke-23 yang dipengerusikan bersama oleh Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, Chee Wee Kiong diadakan di Guiyang, provisni Guizhou, China semalam.

Mesyuarat tersebut telah mengenang kembali pelaksanaan rangka kerjasama 2+7 antara kedua-dua pihak China dan ASEAN, khusunya pelaksanaan hasil Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke-25 Hubungan Rakan Dialog China-ASEAN tahun lalu serta aktiviti sambutan Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN tahun ini. Mesyuarat ini menilai tinggi hasil cemerlang kerjasama China-ASEAN, menegaskan bahawa hasil tersebut telah membawa faedah yang benar kepada 2 bilion rakyat di rantau ini, dan berpendapat isi kandungan perkongsian strategik China-ASEAN amat meluas, potensi kerjasama amat besar, penyelesaian perselisihan amat rasional dan memberi sumbangan penting bagi kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau.

Para pegawai kanan dari ASEAN juga menilai tinggi Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) yang baru berakhir di Beijing dan berpendapat bahawa inisiatif B&R bermanfaat bagi kerjasama dan pembangunan serantau. Mereka berharap inisiatif ini selaras dengan rancangan pembangunan ASEAN dan menyediakan peluang pembangunan baharu bagi meningkatkan lagi faedah kepada rakyat kedau-dua pihak.

Pihak China juga menyampaikan tahniah atas ulang tahun ke-50 tertubuhnya ASEAN dan bersedia terus menyokong integrasi ASEAN serta menyokong ASEAN memainkan peranan bimbingan dalam kerjasama serantau.

Kedua-dua pihak juga bersepakat menggunakan peluang ulang tahun ke-15 terjalinnya perkongsian strategik China-ASEAN pada tahun depan, meningkatakn perkongsian strategik antara kedua-dua pihak, menetapkan pelan pembangunan hubungan bilateral pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China