Paip saluran minyak mentah China-Myanmar mula beroperasi secara rasmi, berikutan minyak mentah telah berjaya dihantar ke stesen Namkham.
Projek paip saluran minyak dan gas asli China-Myanmar yang terdiri daripada paip saluran gas asli dan paip saluran minyak mentah, mula dibina pada bulan Jun tahun 2010. Antaranya, paip saluran gas asli telah beroprasi pada 28 Julai tahun 2013.
Manakala paip saluran minyak mentah yang dilaburkan bersama oleh syarikat PetroChina dan Myanmar Oil and Gas Enterprise (MOGE) mula menerima dan menghantar minyak mentah dari pasaran antarabangsa berikutan pemeteraian Perjanjian Pengangkutan Paip Saluran Minyak Mentah China-Myanmar pada 10 April lalu.