Cari:
Guizhou Sediakan Platform Kerjasama China-ASEAN
2017-05-22 14:54:14 CRI Cetak

Provinsi Guizhou akan memanfaatkan peluang daripada penganjuran siri mesyuarat pegawai kanan China-ASEAN di bandar Guiyang untuk mengetengahkan diri di pentas dunia, sekali gus menyediakan platform bagi menggalakkan kerjasama antara China dengan ASEAN.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin ketika diwawancara di Guiyang, ibu kota provinsi Guizhou baru-baru ini berkata, pertukaran sosiobudaya termasuk pendidikan menjadi tonggak ketiga bagi hubungan China-ASEAN. Guizhou telah menawarkan platform yang baik untuk menggalakkan kerjasama tersebut.

Dalam pada itu, penganjuran Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN dan tindakan kerajaan Guizhou memperkasakan pendidikan vokasional akan memupuk lebih ramai modal insan berkualiti untuk pembangunan China dan negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China