Cari:
Armada Tentera Laut China Akhiri Lawatan di Myanmar
2017-05-22 14:42:48 CRI Cetak

Armada tentera laut China berlepas dari Pelabuhan Thilawa, Yangon selepas mengakhiri lawatan muhibah di Myanmar, pagi semalam.

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang yang tampil di Pelabuhan Thilawa untuk mengucapkan selamat jalan kepada armada itu berkata, lawatan kali ini dipercayai dapat meningkatkan lagi hubungan persahabatan China-Maynmar.

Latihan bersama pertama kali yang diadakan oleh tentera laut kedua-dua negara dalam tempoh lawatan itu menandakan kesalingpercayaan politik China-Myanmar terus meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi, sekali gus meletakkan asas kukuh kepada kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara pada masa depan.

Armada tentera laut China tiba di Yangon, Myanmar pada 18 Mei lalu selepas mengakhiri lawatan di Malaysia. Selepas ini, armada itu akan melawat ke Bangladesh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China