Cari:
China Sediakan Pinjaman bagi HSR Jakarta-Bandung
2017-05-24 12:01:00 CRI Cetak

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC) semalam memaklumkan, Bank Pembangunan China (CDB) dan cawangan Syarikat Landasan Kereta Api China Berhad di Indonesia telah menandatangani perjanjian pemberian pinjaman berjumlah USD4.5 bilion (RM18.37 bilion) untuk projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung baru-baru ini.

HSR Jakarta-Bandung merupakan projek ikon bagi kerjasama pragmatik China-Indonesia serta program "tuaian awal" inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Penandatanganan perjanjian tersebut juga adalah antara hasil penting Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R dalam bidang infrastruktur.

Projek HSR Jakarta-Bandung yang terletak di Jawa Barat, panjangnya 142 kilometer dengan kelajuan maksimum 350 kilometer per jam. Projek itu dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China