Cari:
China, Filipina Kerjasama Bongkar Kes Penyeludupan Dadah
2017-05-29 13:16:01 CRI Cetak

Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (CNNCC) memaklumkan bahawa Jabatan Am CNNCC, Biro Kawalan Narkotik Kementerian Keselamatan Awam dan Biro Urusan Penyeludupan di bawah Jabatan Pentadbiran Am Kastam China bersama-sama dengan jabatan kerajaan Filipina telah berjaya membongkar satu kes penyeludupan dadah dengan merampas dadah jenis methamphetamine (Meth) seberat 604 kilogram di bandar Valenzuela, Filipina dan menangkap 13 suspek, antaranya seorang warga Filipina.

Menurut pegawai CNNCC, kejayaan membongkar kes tersebut merupakan hasil penting sejak jabatan kawalan narkotik China dan Filipina menandatangani perjanjian kerjasama pada bulan Oktober tahun lalu.

Kejayaan tersebut juga mencerminkan keazaman kedua-dua negara dalam usaha membanteras jenayah penyeludupan najis dadah.

China akan terus meningkatkan kerjasama dengan Filipina bagi menyokong kempen membasmi dadah di negaranya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China