Cari:
China Bantu Laos Bina Landasan Kereta Api di Kawasan Pergunungan
2017-05-29 14:34:21 CRI Cetak

Dalam tempoh tak sampai setengah tahun sejak projek pembinaan landasan kereta api China-Laos dimulakan pada bulan Disember tahun lalu, kawasan hutan dan pergunungan di tengah dan utara Laos mulai berpeluang merasakan denyut nadi modenisasi.

Pembinaan landasan kereta api China-Laos yang sepanjang 414 kilometer itu bermula dari pintu sempadan Mohan-Boten hingga Vientiane, Laos.

Dimaklumkan, landasan kereta api itu direka bentuk mempunyai kelajuan 160 kilometer sejam (km/h), dengan lebih 60 peratusnya merentasi jambatan dan terowong.

Projek pembinaan itu dijangka berlangsung selama lima tahun dengan jumlah peruntukan kira-kira RMB37.4 bilion (RM23.3 bilion).

Kerajaan China akan menyediakan peruntukan dan melaksanakan pembinaan, manakala sistem operasi kereta api tersebut akan dilaksanakan bersama oleh China dan Laos.

Selain itu, landasan kereta api itu juga akan bersambung dengan jaringan landasan kereta api China.

Seorang naib ketua kampung dari Laos yang meninjau pembinaan landasan kereta api itu memberitahu wartawan bahawa penduduk Laos amat mengalu-alukan pembinaan landasan itu, dan berharap projek itu dapat memberikan kemudahan kepada rakyat kedua-dua negara, terutamanya memudahkan kegiatan perdagangan dan penerokaan pasaran pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China