Cari:
Persidangan Kedamaian Myanmar Berhasil
2017-05-30 13:34:24 CRI Cetak

Persidangan Panglong Abad ke-21 kedua dan Persidangan Kedamaian Persekutuan Myanmar telah berakhir semalam, setelah menyaksikan 37 fasal perjanjian dibincangkan, diluluskan dan ditandatangani bersama oleh wakil kerajaan, tentera pertahanan, parti politik dan kumpulan militan etnik minoriti dalam majlis penutupan.

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam majlis penutupan itu menyatakan bahawa penandatanganan perjanjian tersebut merupakan langkah yang signifikan dalam mewujudkan permuafakatan masyarakat yang berbilang kaum dan membentuk sistem persekutuan demokratik, dan juga satu praktik yang bermakna bagi mencapai persepakatan melalui rundingan damai. Selain itu, beliau mengesa pelbagai pihak terbabit mengekalkan pembangunan secara damai.

Para peserta dalam persidangan kali ini telah mencapai persepakatan tentang 37 fasal daripada 41 fasal perjanjian yang dibincangkan, antarannya 12 fasal melibatkan politik, 11 fasal ekonomi, 4 fasal sosial serta 10 fasal kawalan tanah dan sumber semula jadi.

Antara 15 buah kumpulan militan etnik minoriti Myanmar yang menghadiri persidangan kali ini, lapan buah yang telah menandatangani perjanjian gencatan senjata di seluruh negara dan tujuh kumpulan daripada kawasan utara Myanmar yang masih belum menandatangani perjanjian gencata senjata itu. Manakala, hanya lapan buah kumpulan yang telah menandatangani perjanjian gencatan senjata itu berhak membincangkan dan menandatangani perjanjian persekutuan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China