Cari:
Gempa Bumi Gegarkan Sulawesi, Indonesia
2017-05-30 13:37:48 CRI Cetak

Gempa bumi berukuran 6.6 Skala Richter melanda provinsi Sulawesi Tengah, Indonesia malam semalam, dan masih belum diketahui keadaan kerugian di kawasan bencana itu.

Menurut laman sesawang Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa bumi yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer pada pukul 10.35 malam itu, berpusat di 38 kilometer dari barat laut kaunti Poso, dan 79 kilometer dari Palu, ibu kota provinsi Sulawesi Tengah.

Jabatan pemantauan gempa bumi Indonesia tidak mengeluarkan amaran tsunami selepas berlakunya gempa bumi tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China