Cari:
Pertempuran di Marawi, Filipina Ragut Lebih 100 Nyawa
2017-05-31 13:07:39 CRI Cetak

Jurucakap Angkatan Tentera Filipina (AFP), Restituto Padilla semalam mengeluarkan kenyataan bahawa pertempuran sengit antara angkatan tentera kerajaan dengan kumpulan militan Maute di Marawi, Mindanao telah meragut lebih 100 nyawa.

Beliau turut menggesa pemberontak menyerah diri dengan secepat mungkin.

Menurut Padilla, pertempuran yang berlangsung selama seminggu di Marawi itu telah mengakibatkan 104 terbunuh, antaranya termasuklah 20 askar dan polis serta 19 penduduk awam. Selain itu, hampir 65 pemberontak telah ditembak mati.

Dilaporkan, terdapat 72 anggota polis dan tentera cedera dalam pertempuran itu.

Tambah Padilla lagi, pihak AFP akan terus memburu dan menghapuskan kumpulan militan Maute bagi mengelak berlakunya kerugian yang lebih besar.

Beliau berjanji akan sedaya upaya menyelamatkan penduduk Marawi yang masih terperangkap.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China