Cari:
Thailand dan China Dorong Hubungan Ketenteraan
2017-05-31 13:12:21 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand,Prayuth Chan-ocha telah ditemui anggota Jawatankuasa Ketenteraan Pusat yang juga Ketua Turus Bersama Jawatankuasa Ketenteraan Pusat China, Fang Fenghui semalam.

Prayuth dalam pertemuan itu menyanjung tinggi kejayaan yang dicapai oleh China selepas Presiden China, Xi Jinping menggalakkan pembaharuan dan melaksanakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Beliau berkata, Thailand akan mempelajari konsep tadbir urus negara Presiden Xi Jinping dan pembaharuan China, menyelaraskan strategi pembangunan negara dengan inisiatif B&R, di samping memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Thailand bersedia untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan kerjasama latihan antikeganasan dengan China bagi mendorong hubungan ketenteraan kedua-dua negara secara menyeluruh.

Fang Fenghui pula berkata, atas usaha bersama Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Prayuth, hubungan dua hala berkembang dengan stabil, rasa saling mempercayai dalam politik terus meningkat dan kerjasama dalam pelbagai bidang semakin erat.

China bersedia untuk bersama-sama dengan Thailand mengintensifkan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara demi menyumbang kepada perkembangan hubungan bilateral serta kedamaian dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China