Cari:
China Bersedia Tingkatkan Kerjasama Antidadah dengan Filipina
2017-06-01 11:24:20 CRI Cetak

Kerajaan China menyokong kempen antidadah kerajaan Filipina dan Presiden Rodrigo Duterte. China bersedia untuk terus meningkatkan kerjasama dengan Filipina dalam usaha membanteras penyeludupan dadah.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam yang merujuk kepada laporan kerjasama kedua-dua negara dalam pembanterasan sindiket penyeludupan dadah jenis methaphetamine, selain berjaya merampas ais seberat 605 kilogram.

Menurut beliau, dadah merupakan musuh utama semua insan. Usaha membasmi najis dadah merupakan tanggungjawab bersama semua negara.

China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan Filipina dalam perkongsian maklumat, kemudahan dan teknologi, siasatan kes berkaitan, serta rawatan dan pemulihan penagih dadah, sekali gus mencipta kehidupan yang sihat dan sejahtera untuk rakyat kedua-dua negara serta rantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China