Cari:
Arkitek Malaysia Menang 'Hadiah Liang Sicheng' China
2017-06-01 14:23:36 CRI Cetak

Arkitek Malaysia, Kenneth Yeang King Mun memenangi 'Hadiah Liang Sicheng', anugerah tertinggi dalam bidang pembinaan China di Beijing baru-baru ini.

Kenneth Yeang King Mun yang datuknya berasal dari provinsi Guangdong China, dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1948.

Gedung EDITT di Singapura merupakan reka bentuk ekologi yang luar biasa daripada Yeang. Papan tenaga suria yang bersaiz 855 meter persegi di bangunan tersebut mampu menyalurkan 39.7 peratus bekalan tenaga. Pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam di sekitar bangunan tersebut berfungsi menambah seri, selain menghalang pancaran cahaya matahari yang kuat.

Selain itu, bangunan tersebut juga menggunakan pelbagai jenis kaedah penjimatan tenaga, sedangkan banyak dinding dan tangga pula boleh diubah untuk disesuaikan dengan kegunaan yang berbeza pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China