Cari:
Kerajaan Filipina Bekerjasama dengan MILF Selamatkan Rakyat Terperangkap
2017-06-01 13:13:29 CRI Cetak

Kerajaan Filipina semalam berkata, Presiden Rodrigo Duterte bersetuju kerajaannya bekerjasama dengan militan tempatan terbesar di negara itu, iaitu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk mempercepat operasi mengatur penduduk yang terperangkap di kawasan pertempuran berpindah ke kawasan yang selamat.

Jurucakap Presiden Filipina, Ernesto Abella dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Presiden semalam berkata, selepas bertempur dengan kumpulan pemberontak Maute di bandar Marawi, Mindanao selama seminggu, angkatan tentera kerajaan berjaya merampas semula 90 peratus kawasan bandar itu.

Serentak dengan tindakan penghapusan pemberontak, tugas kerajaan yang lain adalah untuk menyelamatkan lebih 2,000 penduduk yang terperangkap di lokasi tersebut, serta memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa yang cedera dan berpuluh-puluh ribu penduduk yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Menurut Abella, Duterte telah bertemu dengan pemimpin MILF dari Mindanao dan menyeru kerjasama kedua-dua pihak dalam usaha menentang kumpulan militan Maute dan Abu Sayyaf.

Pada ketika ini, MILF dan kerajaan akan memastikan penubuhan pasukan kerja dan bersama-sama membina "koridor damai" bagi menyelamatkan penduduk di kawasan tersebut.

Abella menambah, kerajaan sudah menghulurkan bantuan sebanyak USD76.3 ribu (RM327 ribu) kepada mangsa-mangsa yang meninggalkan kediaman ekoran pertempuran itu.

Antara 90 ribu mangsa, sejumlah 13 ribu telah ditempatkan di 22 buah pusat penempatan sementara yang dibina oleh kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China