Cari:
Datuk Seri Nazir Razak: B&R Bawa Banyak Peluang kepada Asia
2017-06-02 14:03:31 CRI Cetak

Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan membawa lebih banyak peluang pembangunan kepada Asia. Commerce International Merchant Bank (CIMB) Malaysia berharap dapat memainkan peranan aktif dalam pembangunan tersebut.

Demikian dinyatakan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Tun Razak ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua baru-baru ini.

Menurut beliau, inisiatif B&R telah menunjukkan isyarat penting kepada dunia, iaitu China telah bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha mendorong globalisasi ekonomi. Sejak sekian lama, suara dari Asia dalam pengurusan ekonomi global kurang kedengaran. Dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R yang baru berakhir, China mengumumkan penambahan RMB100 bilion untuk Tabung Jalan Sutera. Beliau menyifatkan langkah tersebut adalah untuk memastikan suara Asia terus lantang di pentas dunia.

Tambah beliau lagi, CIMB telah membuka cawangan di Shanghai dan Hong Kong selepas menampakkan peluang dalam hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN yang semakin erat. Pada masa yang sama, CIMB juga sedang berusaha untuk menjayakan kerjasama yang berkaitan dengan broker saham dengan syarikat China Galaxy Securities (CGS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China