Cari:
Minggu Budaya Warisan Bukan Kebendaan China di Bangkok
2017-06-04 14:44:49 CRI Cetak

Aktiviti Minggu Budaya Warisan Bukan Kebendaan China telah dirasmikan di Pusat Budaya China di Bangkok semalam.

Menurut maklumat berkenaan, pelbagai aktiviti akan diadakan dalam tempoh minggu budaya itu, antaranya termasuk pameran melalui video, latihan budaya tradisional, pertunjukan kesenian serta promosi budaya kreatif China. Pihak penganjur berharap melalui aktiviti tersebut dapat mempamerkan budaya tradisional China yang cemerlang, sekali gus menjadikan penduduk Thailand berpeluang mendekati warisan budaya bukan kebendaan China.

Aktiviti tersebut dianjurkan Kementerian Kebudayaan China dan dilaksanakan bersama-sama oleh Pusat Budaya China di Bangkok, Pusat Pertukaran Budaya China dengan Negara Asing dan Persatuan Industri Barang Seni Provinsi Guangdong China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China