Cari:
Lima Universiti Penyelidikan Malaysia Berada dalam Senarai 300 Terbaik Dunia
2017-06-08 16:38:02 CRI Cetak

Kedudukan kesemua lima universiti penyelidikan Malaysia kini meningkat dan berada dalam senarai 300 universiti terbaik di dunia bagi penilaian 2017/2018 seperti mana yang diterbitkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini.

Universiti tersebut ialah Universiti Malaya (UM); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hasil peningkatan tersebut membolehkan lima pusat pengajian itu tersenarai dalam kelompok satu peratus teratas di dunia daripada 26,000 universiti di seluruh dunia.

"UM dan UPM telah menunjukkan peningkatan untuk lima tahun berturut-turut iaitu dari 2013 hingga 2017. UM kini berada di kedudukan terbaik iaitu di tempat ke-114 iaitu di ambang kelompok 100 terbaik di dunia.

sunber: UTUSAN ONLINE

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China