Cari:
Najib Ucap Tahniah Kejayaan Lima Universiti Awam
2017-06-09 15:00:00 CRI Cetak
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada lima universiti awam negara itu yang berjaya menduduki dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia dalam senarai Ranking Universiti Dunia QS 2017/2018.

Lima universiti berkenaan ialah Universiti Malaya (UM) di tangga ke-114, Universiti Putra Malaysia (UPM-229), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-230), Universiti Teknologi Malaysia (UTM-253 dan Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ke-264.

"Tahniah kepada Naib-naib Canselor UM, UPM, UKM, UTM dan USM di atas lonjakan ranking universiti seperti yang diumumkan," kata Najib menerusi laman Twitternya, tengah malam tadi.

Semua universiti berkenaan berjaya memperbaiki kedudukan masing-masing berbanding tahun lepas iaitu UM di tempat ke-133 tahun lalu, UPM (270), UTM (288), UKM (302) dan USM di tangga ke-330. 

sumber: BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China