Cari:
13 Askar Filipina Korban di Marawi
2017-06-12 11:39:31 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 13 orang askar marin terkorban manakala 40 lagi cedera dalam pertempuran dengan kumpulan militan Maute di bandar Marawi, selatan Filipina pada 9 Jun lalu. Angka korban askar dan polis setakat ini mencatat 58.

Pegawai hubungan awam pihak tentera Filipina, Edgard Arevalo menyatakan bahawa pada 3.30 petang hari tersebut, pasukan marin melancarkan serangan terhadap kira-kira 40 anggota Maute yang berlindung di sebalik tebusan dan fasiliti keagamaan.

Tentera kerajaan sedang beransur-ansur mengecilkan kepungan terhadap bandar Marawi dan operasi menghapuskan militan Maute akan diteruskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China