Forum Koridor Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) yang membabitkan pegawai peringkat gabenor dari subkawasan tersebut diadakan di bandar Kunming, provinsi Yunnan China pada 10 Jun lalu.
Para peserta bersependapat bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kepada negara-negara GMS.
Timbalan Gabenor Siem Reap, Kemboja menyatakan bahawa bilangan pelancong asing ke Siem Reap meningkat dengan pesat berkat pembangunan kesalinghubungan di subkawasan itu.
Pada 2016, angka itu mencatat 5.07 juta, antaranya pelancong China paling ramai.
Gabenor Chiang Mai, Thailand pula menyatakan bahawa kerjasama GMS mengundang peluang dan juga cabaran. Pelbagai pihak perlu menyedari wujudnya ketidakseimbangan pembangunan antara satu sama lain serta masalah alam sekitar dan kemiskinan. Hanya dengan memperkasakan kerjasama dan mengubahsuai konsep pembangunan, dapatlah peluang daripada inisiatif B&R dimanfaatkan untuk membina komuniti berkongsi nasib GMS.