Cari:
Yunnan Rancang Bina Zon Kerjasama Pelancongan Rentas Sempadan
2017-06-14 14:20:52 CRI Cetak

Provinsi Yunnan China merancang membina zon kerjasama pelancongan rentas sempadan dengan Vietnam, Laos dan Myanmar secara berasingan.

Demikian dimaklumkan oleh Pengarah Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Provinsi Yunnan, Yu Fan dalam Forum Kerjasama Pelancongan Rentas Sempadan sempena Ekspo Perdagangan Asia Selatan dan Asia Tenggara 2017 di Kunming semalam.

Menurut beliau, Yunnan akan memperdalam kerjasama dengan negara-negara jiran dalam pemudahan prosedur kastam, pembinaan infrastruktur, sistem perkhidmatan awam, penerokaan produk pelancongan berkereta rentas sempadan serta pengurusan keselamatan pelancongan.

Berdasarkan rancangan, selain zon kerjasama pelancongan dengan tiga negara tersebut, Yunnan juga akan menggalakkan pembinaan lingkaran pelancongan China-Bangladesh-India-Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China