Cari:
Pameran Mesin dan Produk Elektrik di Vietnam
2017-06-16 11:24:21 CRI Cetak

Pameran Mesin dan Produk Elektrik selama tiga hari dirasmikan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hanoi, Vietnam semalam, sempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2017. Sebanyak 106 syarikat pengeluar mesin dan produk elektrik dari 14 provinsi dan bandar China menyertai pameran tersebut.

Pameran tersebut merupakan pameran pertama seumpama itu yang dianjurkan oleh Sekretariat CAEXPO bersama-sama Jabatan Penggalakan Perdagangan, Kementerian Industri dan Perdagangan Vietnam.

Pelbagai produk dan teknologi maju seperti mesin kegunaan umum, kenderaan pengangkutan, mesin pertanian, mesin kejuruteraan, maklumat elektronik dan produk elektronik pintar dipamerkan.

Pihak penganjur juga menyediakan peluang niaga khas untuk produk elektronik, tenaga baharu, kelengkapan mesin dan alat ganti, selain mengatur kunjungan syarikat China ke zon perindustrian di Vietnam.

Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Vietnam, Tran Quoc Khanh dalam upacara perasmian menyatakan bahawa pameran berkenaan membolehkan kedua-dua negara saling melengkapi kelebihan masing-masing serta melonjakkan kerjasama muhibah Vietnam-China ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China