Markas Tentera Pertahanan Myanmar semalam memaklumkan bahawa pasukan penyelamat telah menjumpai serpihan ekor pesawat pengangkut tentera yang terhempas di timur Laut Andaman. Ini merupakan temuan pertama bahagian utama pesawat oleh pasukan penyelamat.
Pada pukul 5.18 petang semalam, sebuah kapal nelayan yang menyertai misi menyelamat di Teluk Tanintharyi mendapati jaringnya tersangkut suatu objek. Selepas lokasi tepat dikesan dengan alat sonar kapal tentera, objek berkenaan yang dikenal pasti sebagai ekor pesawat ditemui penyelam 35 meter di bawah permukaan air.
Setakat ini, kotak hitam pesawat tersebut masih belum dikesan.
Pesawat pengangkut yang membawa 122 orang tersebut terhempas dalam perjalanan dari Mergui ke Yangon pada 7 Jun lalu. Setakat petang semalam, mayat 90 mangsa telah ditemui.