Cari:
China, Indonesia Tingkat Penyelarasan Strategi Pembangunan
2017-06-17 15:36:28 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli mengadakan pertemuan dengan utusan khas Presiden Indonesia yang juga Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim, Luhut Panjaitan di Beijing semalam.

Zhang Gaoli dalam pertemuan itu menyatakan bahawa China dan Indonesia yang merupakan tetangga baik, aktif menyelaraskan strategi pembangunan, di samping meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik. Kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara telah pun membuahkan hasil yang ketara.

Kata beliau, China dan Indonesia perlu mengintensifkan lagi penyelarasan strategi pembangunan dan kerjasama dalam pelbagai bidang berlandaskan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), serta meningkatkan sinergi bagi menjayakan projek-projek mega seperti pembinaan landasan kereta api laju Jakarta-Bandung.

Luhut Panjaitan pula berkata, Indonesia bersedia untuk mengambil bahagian dalam inisiatif B&R dan memperkasakan kerjasama saling menguntungkan dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan dan infrastruktur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China