Pameran Produk Negara-Negara Asia Selatan dan Asia Tenggara (SSACEIF) selama tujuh hari sempena Ekspo Pelaburan dan Perdagangan Kunming 2017 telah menutup tirainya di Kunming, provinsi Yunnan pada 18 Jun lalu.
Jumlah kontrak yang telah dimeterai dalam tempoh pameran dan eskpo itu dilaporkan mencatat lebih RMB500 bilion (RM313 bilion).
Lebih 4,000 pempamer dari 86 negara dan wilayah di seluruh dunia telah menyertai SSACEIF, antaranya termasuk dari 33 negara dan wilayah yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R).
Liu Qilin, Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Eksekutif SSACEIF menyatakan bahawa ekspo tersebut dianggap platform penting untuk dialog, kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sosiobudaya.
SSACEIF turut menjadi peluang baharu bagi China dan negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara untuk mengintesifkan komunikasi dan ikatan kejiranan serta kerjasama dua hala dalam menjayakan inisiatif B&R.