Atas usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, situasi di Laut China Selatan semakin reda dan turut menunjukkan perkembangan positif. Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam.
Geng Shuang menyatakan bahawa China menghargai sikap Filipina dalam isu Laut China Selatan.
Pada ketika ini, menerusi pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), usaha merancakkan rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan(COC) dan kerjasama maritim yang pragmatik amat berhasil.
Dalam Sidang Pegawai Kanan Pelaksanaan DOC ke-14 yang diadakan di Guiyang, pihak-pihak terlibat mencapai persepakatan tentang rangka COC.
Geng Shuang berkata, China bersedia terus berusaha bersama-sama dengan ASEAN bagi menjayakan Sidang Menteri Luar yang bakal diadakan pada Ogos nanti, serta menggalakkan keamanan dan kemakmuran di Laut China Selatan.