Cari:
Seminar Kerjasama Industri China-ASEAN
2017-06-23 11:04:05 CRI Cetak

Kenyataan Bersama Kerjasama Industri China-ASEAN yang diluluskan dalam persidangan pemimpin China-ASEAN pada September tahun lalu telah dihuraikan dalam Seminar Kerjasama Industri yang diadakan di Beijing semalam.

Perkembangan baharu kerjasama industri kedua-dua pihak dalam pembangunan Laluan Sutera Maritim turut menjadi perhatian, dalam seminar yang dihadiri penasihat perdagangan dari kedutaan besar negara ASEAN di China, wakil pertubuhan perniagaan China serta anggota media dari dalam dan luar negeri.

Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning yang mempengerusikan seminar tersebut menyatakan bahawa peningkatan mutu dan kecekapan adalah matlamat utama kerjasama antara China dan ASEAN.

Para peserta seminar bersependapat bahawa kedua-dua pihak perlu memperkukuh mekanisme kerjasama industri komprehensif antara satu sama lain bagi membolehkan pelaksanaan lancar kerjasama berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China