Zhejiang Geely Holding Group (Geely) China menandatangani perjanjian dengan DRB-Hicom Bhd. Malaysia untuk mendapatkan 49.9 peratus pegangan saham Proton berserta 51 peratus pegangan saham kereta milik Proton yang berprestasi tinggi, Lotus. Ini merupakan perjanjian kerjasama yang signifikan dalam bidang industri automotif yang dicapai oleh kedua-dua negara buat pertama kalinya.
Li Shufu
Menurut perjanjian yang ditandatangani semalam, Malaysia tetap memegang 50.1% saham Proton. Sehubungan itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Geely, Li Shufu menjelaskan bahawa kerjasama antara Geely dengan Proton telah diberi perhatian kedua-dua negara, dan Geely memang berharap membantu Proton untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya di samping juga melihatnya sebagai peluang bagi Geely.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis penandatangan perjanjian itu berkata, mungkin rakyat Malaysia tidak begitu mengetahui Geely dari China, tetapi syarikat ini sudah pun menjadi rakan kerjasama Proton yang terbaik dengan hebatnya dalam aspek-aspek teknologi, konsep pembangunan berterusan dan semangat peneroka dalam bidang pembuatan keluaran pintar. Beliau yakin kerjasama antara Geely dengan DRB-Hicom boleh membawa kejayaan yang baharu dan masa depan yang terjamin kepada Proton.