Cari:
Perkembangan Hubungan China-Filipina Sejajar Kepentingan Rakyat
2017-07-01 14:17:32 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano di Beijing petang Jumaat lalu.

Cayetano terlebih dahulu mewakili kerajaan dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, menyampaikan rasa simpati atas bencana tanah runtuh yang berlaku di provinsi Sichuan, China. Li Keqiang mengucapkan terima kasih kepada pihak Filipina dan menyatakan bahawa kerajaan China sedang sedaya upaya menjalankan usaha menyelamat.

Li dalam pertemuan itu berkata, China dan Filipina merupakan negara jiran seberang laut. Kepentingan bersama kedua-dua negara lebih banyak berbanding perselisihan. Pemulihan semula hubungan dua hala sejajar dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan turut menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.

China menyokong usaha Filipina dalam membangunkan negara, mengembangkan ekonomi dan memelihara ketenteraman masyarakat. China bersedia berdasarkan prinsip saling menghormati dan sama rata, memperkukuh kesalingpercayaan politik dengan Filipina, mempergiat kerjasama dalam beberapa bidang utama termasuk pembinaan prasarana, dan merapatkan interaksi sosiobudaya supaya hubungan China-Filipina boleh memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini.

Cayetano pula berkata, pertukaran lawatan peringkat tinggi Filipina dan China memberikan asas kukuh demi memperbaiki hubungan dua hala. Pihaknya menghargai sokongan dan bantuan China dan komited mengintensifkan hubungan Filipina-China, serta memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang.

Filipina selaku negara pengerusi bergiliran ASEAN tahun ini akan terus berusaha menggalakkan perkembangan hubungan ASEAN-China, menjayakan siri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur pada tahun ini, selain memberikan isyarat positif bagi memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China