
Dua orang polis cedera ditikam dalam serangan di masjid berhampiran Jabatan Kepolisian Negara Indonesia, di Jakarta pada 30 Jun lalu.
Jurucakap polis Indonesia, Setyo Wasisto memaklumkan bahawa suspek ditembak mati ketika cuba melarikan diri. Identiti suspek dan motif serangan tersebut sedang disiasat.
Ini merupakan kes kedua yang menyasarkan polis dalam tempoh seminggu di Indonesia, selepas serangan serupa di Jabatan Kepolisian Sumatera Utara pada 25 Jun lalu yang mengakibatkan seorang polis terkorban.








