Cari:
UM Tubuh Pusat Pengajian "Mimpi di Mahligai Merah"
2017-07-03 15:12:58 CRI Cetak

Pusat Pengajian "Mimpi di Mahligai Merah" dirasmikan di Universiti Malaya (UM) pada 1 Julai lalu.

Mantan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga peminat novel klasik China itu, Tan Sri Chan Kong Choy menyumbang lebih 6,000 buah buku kepada pusat tersebut. Antaranya, terjemahan novel "Mimpi di Mahligai Merah" dalam pelbagai bahasa termasuk Inggeris edisi tahun 1812.

Dalam upacara perasmian pusat itu, Tan Sri Chan Kong Choy berkata, beliau amat kagum terhadap novel klasik China itu selepas membaca dan mengkajinya.

Beliau berharap penubuhan pusat pengajian itu dapat mendekatkan rakyat Malaysia dengan novel tersebut, di samping merancakkan interaksi kebudayaan antara Malaysia dan China.

UM juga akan menawarkan kuliah tentang "Mimpi di Mahligai Merah". 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China