Jumlah pelancong asing yang melawat Indonesia pada bulan Mei lalu mencatat 1.16 juta, antaranya lebih 152 ribu atau 13% adalah pelancong China. Dengan ini, China menjadi sumber pelancong terbesar bagi Indonesia selama lima bulan berturut-turut.
Pelancong dari Tanah Besar China mencatat 1.42 juta pada tahun lalu, meningkat 14% berbanding tahun sebelumnya. Antaranya, 987 ribu atau kira-kira 70% menjadikan Pulau Bali destinasi mereka.
Untuk mengurangkan tekanan Pulau Bali, Indonesia sedang mempromosi 10 destinasi baharu seperti Gunung Bromo, Tasik Toba dan Borobudur, dengan menyasarkan kedatangan 2 juta pelancong dari Tanah Besar China pada tahun ini.