Cari:
Liow Beri Taklimat pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan
2017-07-08 15:57:18 CRI Cetak

Waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 2014 akan diberi taklimat berkenaan proses pendakwaan yang akan dilakukan di Belanda pada Khamis depan (17 Julai) di Putrajaya bersempena majlis peringatan ulang tahun ketiga insiden itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian akan menjemput kesemua waris untuk diberi taklimat dan maklumat berhubung perkembangan terkini insiden MH17 di Hotel Marriot Putrajaya.

Malaysia dan negara Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju agar pendakwaan nasional terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan MH17 ditembak jatuh dilakukan di Belanda.

Liow berkata, negara-negara terlibat yakin terhadap pelaksanaan undang-undang di Belanda mampu beri keadilan kepada kesemua mangsa tanpa perlu melibatkan mahkamah antarabangsa.

​​​​​​​Liow berkata, proses siasatan kini tertumpu kepada 100 orang suspek dan siasatan penuh dijangka selesai pada awal tahun depan sebelum proses pendakwaan dimulakan.

Katanya, pada proses pendakwaan tersebut, Malaysia akan diwakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tambah beliau, ini merupakan tragedi yang tidak boleh dilupakan. Mereka yang terlibat perlu dibawa ke mahkamah. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk membawa penjenayah ke mahkamah.

(Sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China