Cari:
Malaysia Kekalkan Sasaran Defisit Fiskal 3%
2017-07-11 11:20:39 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia kekal dengan sasaran defisit fiskal tiga peratus pada 2017 meskipun Citi Research melaporkan jurang defisit negara itu melebar kepada RM30.5 bilion dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding RM26 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, Malaysia masih dalam landasan untuk mencapai sasaran defisit berkenaan berikutan kebanyakan pendapatan negara diperoleh dalam suku tahun kedua dan tempoh seterusnya.

"Hanya apabila hujung tahun pada bulan Disember, kita dapat membuat pengiraan defisit untuk sepanjang tahun. Kita masih dalam landasan kerana misalannya pembayaran dividen Petronas dijadualkan pada suku tahun kedua, selain itu, kita juga akan masuk ke dalam pasaran untuk menge­luarkan bon.

"Kalau pengiraan dibuat bulanan, ada bulan yang pendapatan kurang tetapi ada juga bulan yang defisitnya lebih kecil daripada kita jangkakan, jadi kita kekal dengan sasaran defisit fiskal tiga peratus tahun ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan di kompleks kementerian berkenaan.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China