Cari:
Thailand Lulus Projek Kereta Api dengan China
2017-07-12 11:28:07 CRI Cetak

Kabinet Thailand telah meluluskan projek landasan kereta api menghubungkan Bangkok dan Nachon Rachasima, suatu program kerjasama selama empat tahun antara negara itu dengan China, yang dijangka bermula pada September nanti.

Naib Menteri Jabatan Perdana Menteri Thailand, Kobsak Sabhavasu memaklumkan kepada media bahawa laluan yang panjangnya hampir 253 km ini akan melewati lapangan terbang Don Mueang, dengan kelajuan maksimum kereta api mencapai 250 kilometer sejam.

Projek ini menelan kos kira-kira USD5.1 bilion (RM22 bilion) dengan pembiayaan kerajaan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China