Cari:
Perantau Cina Filipina Mulakan "Lawatan E-niaga"
2017-07-12 15:53:15 CRI Cetak

Rombongan Pengusaha E-niaga Rentas Sempadan Hangzhou tajaan Gabungan Persatuan Peniaga Cina Filipina telah memulakan "Lawatan E-niaga ke China" di Hangzhou semalam.

Jadual rombongan selama seminggu ini termasuk lawatan ke pekan yang hebat dalam perdagangan rentas sempadan, Taman Industri Alibaba dan beberapa syarikat lain, dengan tujuannya untuk menimba pengalaman dan teknologi e-niaga yang canggih di sini.

Hangzhou yang digelar "Ibukota bagi Industri Internet", merupakan pangkalan operasi bagi satu pertiga pengusaha e-niaga di China, dan mempunyai platform e-niaga B2B yang terbesar serta platform penjualan runcit dalam talian yang terbesar di dunia.

Gabungan Persatuan Peniaga Cina Filipina berpendapat bahawa syarikat Filipina boleh memanfaatkan teknologi China yang maju dalam mengembangkan e-niaga rentas sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China