Program "Lihat China: Foto dan Video Belia Asing 2017" ditutup dengan jayanya petang semalam dengan satu majlis tayangan hasil penggambaran sepanjang lawatan ke Ordos, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China.
Dalam tempoh lawatan selama sepuluh hari, lima tokoh perfileman dari Malaysia, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Laos masing-masing menghasilkan klip dokumentari yang menonjolkan keunikan seni tempatan dengan tema "artisan, pewarisan dan pembaharuan".
Antara yang dipaparkan dalam video pendek mereka termasuk perhiasan kepala dan pakaian tradisional etnik Mongol, pyrography Dalad, muzik klasik etnik Mongol, permaidani buatan tangan Nalin, oasis dan sebagainya
Sejak program "Lihat China" dimulakan pada 2011, seramai 302 belia dari 34 negara telah dijemput melawat ke 21 bandar di China untuk menghasilkan 301 klip video. Antaranya, lebih 50 telah meraih anugerah antarabangsa.
Program ke Ordos ini dianjurkan bersama oleh Akademi Komunikasi Antarabangsa Kebudayaan China, Universiti Normal Beijing, dan Pusat Penyiaran Asia Tenggara Radio Antarabangsa China(CRI) serta Pusat Media Baharu Bandar Ordos.
Ketua Pegawai Operasi Media Star Malaysia, Wee Your Lee yang ikut serta berkata, pemandangan padang rumput dan budaya yang unik di Ordos boleh menjadi inspirasi untuk menghasilkan karya istimewa dengan ciri-ciri China.