Cari:
Sidang Bangkok Bincangkan Kerjasama dalam Rangka B&R
2017-07-12 15:09:13 CRI Cetak

Sidang Bangkok Forum Asia Bo'ao 2017 dirasmikan di Thailand semalam. Dengan tema, "Kerjasama Asia: Cabaran dan Pendekatan Baharu", sidang ini bertujuan mempercepat integrasi ekonomi Asia, membincangkan kaedah baharu bagi mengintensifkan kerjasama ekonomi serantau dan menggalakkan pembangunan ekonomi dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Naib Ketua Pengarah Dewan Forum Asia Bo'ao yang juga mantan Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan dan Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai masing-masing menyampaikan ucap tama dalam sidang itu.

Don Pramudwinai dalam ucapannya menyatakan bahawa Asia bertanggungjawab mencari kaedah baharu untuk memacu proses globalisasi serta menggalakkan pembangunan ekonomi global yang inklusif, saksama, seimbang, mesra alam dan lestari, berlandaskan prinsip saling menguntungkan. Untuk menjayakan inisiatif B&R, kerjasama di rantau ini bahkan antara pelbagai rantau perlu diperluas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China