Cari:
Guangzhou Intensifkan Kerjasama Pelancongan Kapal Persiaran dengan Asia Tenggara
2017-07-13 14:33:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut anggaran Biro Pelancongan Daerah Nansha, bandar Guangzhou China, jumlah pelancong yang menaiki kapal persiaran "Genting Dream" ke luar negara pada 9 Julai lalu mencatat 4,455 orang.

Angka ini mencipta rekod baharu sejak Pelabuhan Kapal Persiaran Nansha Guangzhou memulakan operasi terminal kapal persiaran pada awal 2016.

"World of Dreams", kapal persiaran mewah kedua milik syarikat Dream Cruises Hong Kong, akan memulakan pelayaran dari Pelabuhan Nansha pada November depan.

Tiga laluan baharu yang ditawarkan "World of Dreams" merangkumi laluan Nansha-Manila-pulau Boracay, Nansha-Manila-pulau Coron dan Nansha-Ho Chi Minh-Nha Trang.

Selain itu, pihak berkuasa Nansha akan bekerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara untuk meneroka laluan kapal persiapan, termasuk melancarkan laluan pelayaran Laksamana Cheng Ho.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China