Cari:
"Seminar Ulang Tahun ke-50 ASEAN dan Hubungan China-ASEAN" di Jakarta
2017-07-15 15:34:53 CRI Cetak

Seminar "Ulang Tahun ke-50 ASEAN dan Hubungan China-ASEAN" anjuran bersama Kor Diplomatik China di ASEAN dan Pusat Pengajian ASEAN Universiti Indonesia telah dirasmikan di Jakarta, ibu kota Indonesia semalam. Para peserta telah menyanjung tinggi perkembangan hubungan China-ASEAN dan menanti-nantikan kedua-dua pihak dapat terus meningkatkan kerjasama demi kemakmuran bersama.

Duta Besar China di ASEAN, Xu Bu dalam ucapannya menegaskan bahawa sejak China dan ASEAN menjalinkan hubungan dialog pada 1991, kedua-dua pihak telah mencapai kemajuan besar dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan, dan juga mencapai hasil yang memuaskan dalam pelbagai bidang yang lain. Hubungan China-ASEAN sudah menjadi hubungan rakan dialog bagi ASEAN yang paling kuat dan dinamik.

Naib Ketua Setiausaha ASEAN, AKP Mochtan pula berkata, China dan ASEAN telah menjalankan kerjasama yang baik dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R) dan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC). Kedua-dua pihak perlu terus mengintensifkan kerjasama yang sedia ada, meningkatkan dialog, mendorong pertukaran sosiobudaya, membina kesalinghubungan yang lebih luas, dan mewujudkan tamadun baharu di rantau ini yang berorientasikan perkongsian kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China