Cari:
Projek Terowong HSR Jakarta-Bandung Bermula
2017-07-16 15:22:58 CRI Cetak

Projek terowong 'Varigny' (transliterasi) landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarka-Bandung yang diusahakan Syarikat Landasan Kereta Api China Berhad telah bermula di 'Varigny', Jawa Barat Indonesia semalam. Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia,Rini Soemarno telah menghadiri majlis perasmiannya.

Terowong tersebut terletak di bahagian 95 hingga 96 kilometer berdasarkan reka bentuk landasan HSR Jakarta-Bandung. Dua landasan dijangka selesai dibina dalam satu terowong sepanjang 608 meter dalam tempoh setahun.

Rini Soemarno dalam majlis tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada syarikat China yang berusaha membina projek itu serta memuji kebakatan profesional pekerja China. Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya akan dengan sedaya upaya untuk menyokong dan menyelaraskan pembinaan projek itu, dan menyediakan pelbagai kemudahan agar projek itu dapat diselesaikan seperti yang dijadualkan.

Projek HSR Jakarta-Bandung yang sepanjang 142 kilometer dengan kelajuan maksimum yang direka 350 kilometer sejam dijangka selesai dibina dalam tempoh tiga tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China