Cari:
MRT SBK Dilancarkan
2017-07-17 16:23:20 CRI Cetak
Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) merupakan infra-rakyat bertaraf dunia yang bukan sekadar sebutan tetapi sudah menjadi realiti, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, projek MRT SBK itu juga akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak projek 'infra-rakyat' di negara berkenaan.

Selepas MRT laluan SBK itu beroperasi katanya, pelbagai lagi projek akan dilaksanakan termasuk MRT kedua laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya; LRT3 Bandar Utama-Johan Setia; kereta api ke Pantai Timur; Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura; serta menaik taraf sistem monorail dan KTM.

Katanya, melalui pelaksanaan semua projek itu, menjelang tahun 2027 akan menyaksikan Kuala Lumpur memiliki sistem pengangkutan awam bersepadu sepenuhnya.

"Ini semua akan dilaksanakan pihak kerajaan, apatah lagi apabila MRT3 atau MRT circle line siap, bererti menjelang tahun 2027 nanti, kita akan menyaksikan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur yangbersepadu sepenuhnya. Inilah impian kita.

"Berdasarkan rekod prestasi, kita (kerajaan) akan dapat memenuhi objektif ini," katanya ketika merasmikan Fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di stesen bawah tanah, Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri berkata, sistem pengangkutan yang baik dapat memberikan manfaat kepada rakyat seperti menjimatkan masa dan kos perjalanan ke sesuatu tempat, meningkatkatkan produktiviti dan semangat kerja selain membantu mengurangkan kos sara hidup.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China