Cari:
Duta Besar China ke Laos Yang Baharu
2017-07-22 13:51:35 CRI Cetak

Duta Besar China ke Laos yang baharu, Wang Wentian menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Laos, Boungnang Vorachith di Vientiane Jamaat lalu.

Wang menyampaikan salam daripada Presiden China, Xi Jinping kepada Boungnang Vorachith.

Boungnang Vorachith berkata, persahabatan tradisional Laos dengan China dan kerjasama komprehensif antara kedua-dua negara ini mengekalkan trend perkembangan yang baik. Pihaknya berpuasa hati dengan kejayaan cemerlang yang dicapai oleh Laos dan China dalam pelbagai sektor. Diharapkan agar Duta Besar China ke Laos yang baharu akan memberikan sumbangan lebih besar demi hubungan dua hala.

Wang pula berkata, hubungan China-Laos sekarang berada dalam masa terbaik dalam sejarah. China dan Laos adalah negara jiran, sahabat dan rakan yang baik. Beliau akan berusaha untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara ini dan menggalakan perkongsian strategik antara China dengan Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China