Cari:
Duterte Sampai Perutusan Negara
2017-07-25 12:58:32 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam perutusan negara di Kongres semalam, menegaskan bahawa kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan kempen antidadah, di samping berjanji mempercepat pembangunan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Ini merupakan perutusan negara kedua Duterte sejak beliau menjawat jawatan Presiden.

Beliau menyatakan bahawa dadah yang merupakan ancaman seluruh masyarakat, adalah punca kebanyakan jenayah dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Kerajaan akan terus membanteras jenayah berkaitan dadah, yang boleh memusnahkan struktur masyarakat, menjejaskan keyakinan pelabur asing serta mencemar rohani dan jasmani belia.

Dalam perutusan sama, Duterte membentangkan bajet kerajaan termasuk peruntukan USD178 bilion (RM762 bilion) untuk pembinaan infrastruktur bermula tahun ini hingga 2022. Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan China terhadap pembangunan ekonomi Filipina, khususnya dalam bidang infrastruktur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China